Friday, June 13, 2008

My Artikel written by Ronney Ajim

DJ MARK LINUS ................

Adakah anda merupakan salah seorang daripada ratusan ribu pendengar setia Sabah Vfm “Noikot Vinasi!” yakni siaran bahasa Kadazan? Adakah anda mengenali siapakah gerangan mereka yang silih ganti bertugas di sebalik konti seawal jam 5 pagi dan berkumandang semula pada jam 2 petang setiap hari?

Mungkin ketika ini, kalau disebut saja nama Marklinus Joseph Antang, pasti ada sudah yang mengenalinya jika dibandingkan dengan 2 atau 3 tahun lepas. Namun, adakah anda mengenali jejaka “macho” ini sepertimana anda mengenali rakan seangkatannya yang lain seperti DJ Louis Chin, DJ Juliana Andreas, DJ Julita Stanis (sekadar menyebut beberapa nama) yang terlebih dahulu membina tapak di arena penyiaran radio kadazan?

Kali ini penulis cuba mengupas sedikit sebanyak kisah peribadi Marklinus Joseph Antang atau lebih dikenali sebagai DJ Mark untuk dikongsikan dengan anda semua!

DJ Mark yang kini sudah mencecah usia 25 tahun, dilahirkan dan tinggal di Kg.Kandazon Terawi, Penampang. Beliau merupakan anak ke-7 daripada 8 orang adik-beradik dan sangat suka mendengar radio serta berkaraoke sewaktu masa lapangnya. Beliau yang amat meminati penyanyi bersuara merdu, Anuar Zain dan Janrywine J.Lusin ini pernah bercita-cita ingin menjadi seorang guru ataupun doktor yang berjaya suatu ketika dahulu.

Beliau yang masih bujang ini pernah bersekolah di Tabika Perpaduan Terawi, Penampang pada tahun 1988 sebelum melangkah ke alam sekolah rendah di SRK St.Joseph Penampang dari tahun 1989 hingga tahun 1994. Selepas itu, DJ Mark bersekolah di SM St.Micheal Penampang sehingga tahun 1999 dan pernah mengambil diploma selama 3 tahun dalam jurusan Sains Komputer dan Teknologi pada tahun 2001 di Institut Teknologi Sara Francais UPM.

Apabila penulis bertanya samada DJ Mark pernah merakamkan lagu sebelum ini (kerana sememangnya, penulis mengenali beliau sebagai seorang yang boleh menyanyi dengan baik), beliau menidakkannya namun tidak menafikan yang beliau pernah mendapat tawaran untuk membuat album suatu ketika dahulu.

“Sejak saya bertugas sebagai Juruhebah di konti Sabah Vfm “Noikot Vinasi!” ini, saya telah terjerumus dalam dunia selebriti tempatan yang penuh cabaran tetapi cukup menyeronokkan. Ini memberi saya pengalaman berharga untuk bekerjasama dengan artis kadus seperti Martha Ginun, Arnold Wences Linus, Clare P.Edwin, Janniry Sipaji dan ramai lagi artis semasa Konsert Krismas di Kg.Kelatuan Papar pada Disember 2006. Mudah bagi saya untuk bekerja dengan mereka kerana mereka semuanya peramah.”kata Marklinus.

“Artis kadus juga telah memberi kerjasama yang mantap sewaktu Pertandingan Lagu-Lagu Kadazan anjuran Sabah Vfm unit Siaran Kadazan di Dewan Tun Fuad Penampang tempoh hari dimana pada masa itu, saya ditugaskan untuk mengurus artis yang bertanding bagi memastikan kelancaran program tersebut. Terima kasih kepada artis kadus yang terlibat kerana begitu sporting sekali!”.Tambahnya.

Penglibatannya dalam bidang penyiaran radio ini pada mulanya hanyalah sekadar suka-suka sahaja atau dalam erti kata lain sekadar ingin mencuba. Ketika mula dipanggil bertugas sebagai juruhebah radio Kadazan, beliau tidak berkeyakinan untuk ke udara secara live, memandangkan beliau masih setahun jagung dan bermasalah dalam penguasaan bahasa Kadazan. “Namun saya menangkis segala fikiran negatif yang menguasai diri saya ketika itu, dan tidak salah bagi saya untuk mencuba sesuatu yang baru walaupun ia bukan minat kita. Akhirnya, saya mula jatuh cinta kerjaya sebagai Juruhebah. Dimana ada kemahuan, di situ ada jalan!”katanya lagi.

Ketika penulis menanyakan tentang penerimaan orang ramai pada awal penglibatannya dalam bidang ini, Marklinus berkata ketika mula bertugas dulu, beliau terpaksa berhadapan dengan para pemanggil serta sms yang memberi komen kurang membina dan melemahkan motivasinya sewaktu bertugas. “Ini kerana kelemahan saya dalam menguasai bahasa Kadazan, namun saya ambil ia sebagai sesuatu yang membina dan bertekad untuk mempelajari dengan lebih mendalam lagi bahasa Kadazan ini walaupun ia bukan semudah itu” katanya merenungi nasibnya. Beliau juga telah banyak bersikap terbuka dan bersabar ketika dilemparkan pelbagai kritikan pedas, selain meminta nasihat dan dorongan daripada rakan seniornya. Dan ketika ini, beliau bersyukur kerana mampu mendominasikan pendengar radio Kadazan semula.

Beliau yang mempunyai pengalaman kerja sebagai kerani akaun dan pegawai khidmat pelanggan sebelum ini, mendapat sokongan padu daripada kedua ibubapanya untuk terus maju di dalam bidang penyiaran radio ini. “Rakan sekerja saya seperti Juliana Andreas(Pengelola Unit Siaran Kadazan), Julita Stanis, Stephanie J.Jouti, Dennis Primus dan Johana J.Lokupi juga banyak memberi dorongan dan tunjuk ajar kepada saya. Tidak dilupakan juga kepada bekas DJ Kadazan, Louis Chin, Andrew John dan Peter Lidadun yang memberi nasihat berguna kepada saya. Selain itu, terdapat juga pendengar yang telah memberikan sokongan padu dan galakan sekaligus meningkatkan motivasi diri saya untuk terus mengorak langkah. Terima kasih sekali lagi. Tanpa mereka, siapalah saya!” ujar Marklinus penuh makna.

Buat masa terdekat ini, beliau masih belum lagi mempunyai perancangan. Namun beliau mahu melebarkan sayapnya terlebih dahulu dalam bidang penyiaran melalui RTM ini, dan kalau boleh beliau juga ingin mencuba segala apa jua bidang seni yang boleh membawa kejayaan sama ada bidang lakonan ataupun nyanyian. Katanya lagi, beliau sangat mengharapkan sokongan, dorongan dan bimbingan orang ramai terutama para pendengar setia Sabah Vfm “Noikot Vinasi!” siaran Kadazan agar beliau dapat memperbaiki segala kekurangan dan kelemahannya sewaktu beliau di konti.

Dan kepada sesiapa yang ingin mengenali beliau dengan lebih dekat lagi, anda bolehlah melayari laman web Kadus Entertainment di www.kadusmusic.com. Selamat Maju Jaya kepada DJ Marklinus Joseph Antang!!!

Sekian.

GAMBAR OLEH GOGDS

2 comments:

TeSs said...

DJ Mark..what a big name nowadays..my bestfren since primary school :p i still remember all the hard times u faced before u step to this happening lifestyle :) all the best to u k my fren..as ur fren,i will always support u in ur career :) as long u don't forget me lar kioOoo..so,bila la we can hang out lg nie?hehe ^_^

Tompinai paladius @ NiT said...

Hi DJ Mark...didn't know that you are one of the most happening DJ in our local broadcasting...not until I visit you here...It's nice to know a lot of people here including you...Well done and way to go..All the best in your future undertaking and your endeavor in becoming one of the most well-known in town..:))

Atukoiii...be espeaking, espeaking lak sia...:))

- Paladius@Niit -